Thursday, 5 September 2013

Sambutan Lebaran 1434H JSM

Salam Lebaran,

Dah 30 Syawal, baru sempat nak update blog...

Alhamdulillah, tanggal 19 Syawal 1434H, bersamaan Isnin 26 Ogos 2013 staf JSM yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai sokongan telah sama-sama berkumpul mengadakan jamuan sempena sambutan Aidilfitri peringkat Jabatan. Lokasi di Bilik Sumber, tingkat 1 FSTM. Meriah dengan pelbagai juadah, konsep potluck, sumbangan pensyarah, staf pejabat am Jabatan dan makmal.

Kita lihat sebahagian daripada makanannya dulu...

lemang

 mee rebus
 dessert so sweet
baked macaroni so yummy....

Antara tetamu yang hadir

Dr. Yaya yang dah tak sabar nak serbu
Pegawai Micro Lab
KJ-Dr. Norainy


Lagi tetamu dari Pej. BPSumber

Sesekali diadakan aktiviti begini, sangat bermanfaat bila mana kebanyakan staf dapat berhimpun sekali, dapat mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar-tukar cerita tentang keluarga dan lain-lain. Kepada yang tidak dapat hadir, InsyaAllah dengan semangat muhibbah, kita adakan lagi aktiviti sebegini dan diharapkan lebih ramai yang dapat hadirkan diri.

Akhirnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada warga Jabatan Sains Makanan FSTM, maaf zahir dan batin.

Sunday, 30 June 2013

Introduction : Lunch di Sahara Tent, Alamanda

Assalamualaikum,

Lunch, Ketua Jabatan dan Pensyarah belanja makan makanan Pak Arab
Lokasi : Sahara Tent Alamanda, Putrajaya
Tarikh : 24 June 2013
Sesekali dapat berkumpul begini untk meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, memang best. Dapat mengeratkan silaturrahim selain dapat mengenyangkan perut.