Salam Lebaran,
Dah 30 Syawal, baru sempat nak update blog...
Alhamdulillah, tanggal 19 Syawal 1434H, bersamaan Isnin 26 Ogos 2013 staf JSM yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai sokongan telah sama-sama berkumpul mengadakan jamuan sempena sambutan Aidilfitri peringkat Jabatan. Lokasi di Bilik Sumber, tingkat 1 FSTM. Meriah dengan pelbagai juadah, konsep potluck, sumbangan pensyarah, staf pejabat am Jabatan dan makmal.
Kita lihat sebahagian daripada makanannya dulu...
lemang
mee rebus
dessert so sweet
baked macaroni so yummy....
Antara tetamu yang hadir
Dr. Yaya yang dah tak sabar nak serbu
Pegawai Micro Lab
KJ-Dr. Norainy
Lagi tetamu dari Pej. BPSumber
Sesekali diadakan aktiviti begini, sangat bermanfaat bila mana kebanyakan staf dapat berhimpun sekali, dapat mengeratkan silaturrahim di samping dapat bertukar-tukar cerita tentang keluarga dan lain-lain. Kepada yang tidak dapat hadir, InsyaAllah dengan semangat muhibbah, kita adakan lagi aktiviti sebegini dan diharapkan lebih ramai yang dapat hadirkan diri.
Akhirnya, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada warga Jabatan Sains Makanan FSTM, maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment